Wednesday, January 13, 2010

SC.17

Setibanya di tapak perkhemahan mereka diarahkan memasang khemah masing-masing dan Cikgu Trisya memecahkan mereka kepada beberapa kumpulan dan di beri tugas masing2.

“Hah! Aku kena memasak?” Nieylla menunding jari ke padanya sendiri. Rasa tak percaya yang dirinya yang ditugaskan memasak. ‘jangan salahkan aku kalau semua kena food poisoning.’

“aku kena ambil air dengan Amy..” Nathalie berkata. Kemudian mereka berlalu melakukan tugas masing2.

Setelah berlatih satu jam dengan Syirah macam mana cara membuat sambal belacan. (di tengah2 hutan buat sambal belacan?) ‘Dah cikgu suruh.. aku buat jelah’ sekarang giliran ikan sardine pula untuk dimasak kari. Nieylla mengacau perlahan masakannya yang hampir masak itu sambil bernyanyi2 kecil.

“Kacau, kacau, kacau ikan sardine..Kacau, kacau , kacau perlahan2..” Nyanyiannya terhenti apabila menyedari Riz yang baru selesai mencari kayu api merenung tajam ke arahnya. ‘Ei…, Riz ni, janganlah tenung2 macam tu.. malu I..’ Nieylla bermonolog dalam hati.

Riz mendekati Nieylla kemudian duduk berhampiran dengan Nieylla, jarak mereka hanya seperti sebatang rokok saja. Nieylla merenung Riz di sebelahnya.. kemudian Riz pula merenung Nieylla..mata bertentangan mata. Dup dap dup dap bunyi jantung Nieylla.’aduh., lomah jantung oden ni.’. Kemudian Riz membisikkan sesuatu ke telinga Nieylla

“Lauk ni selamat di makan ke?” Tanya Riz selamba. Dan sebangai tindakan reflek Nieylla mengetuk kepala Riz dengan kuat.

“makan boleh sebarang makan, ini Nieylla chef terhandal, cakap tu jangan sebarang cakap.., nanti ku baling dengan tutup periuk ni!” ceh,, garang tu.. ‘suspen tul mamat ni.., ingatkan nak confess ke,, rupanya nak kutuk masakan aku ni..’

“Hehehe…, Riz tengok Nieylla macam baca mantera je tadi… mulut terkumat kamit.. tu yang nak tanya.. kang Nieyll letak ubat pengasih lak kat sardine ni.. walaupun sardine tu dah kehilangan rupa asalnya..” Start dari walaupun tu Riz memperlahankan suarannya dan ada sedikit nada sinis. Nieylla menjeling Riz.

“Yelah2.., Nieylla mengaku memang tak reti masak. Ikan sardine ni pun satu… cepat sangat hancur..” Ikan sardine yang tidak bernyawa disalahkan. Riz tersenyum.

“apa2 je lah… asal takkan ada yang kena food poisoning selepas makan ni..” Riz ingin beredar untuk membantu Dani menyusun kayu api.

“Emm.., yang itu Nieylla tak jamin..” Nieylla berseloroh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“wah.., cantiknya suasana pagi di hutan ni.. damai sangat..” Lulu keriangan.

“yup.., ni belum lagi kita naik bukit tu.. mesti lagi cantik pemandangan dari sana..” Syirah menyampuk.

“Okay murid2 aktiviti hari kita hari ialah mendaki bukit tu.. ia agak sedikit curam dan saya harap kau berhati-hati. Ada 2 orang guru pengiring yang menanti kamu di puncak bukit.. sepanjang perjalanan kami ada meletakkan kad Info.., jangan alihkannya.. cuma baca kemudian letak semula di tempatnya tadi.. faham? Atau ada apa2 pertanyaan?” Cikgu Trisya memberi taklimat sedikit. Mereka semua memgeleng tanda tidak ada sebarang soalan..(kira confidentla semua)

Kumpulan Delorita sesama pelajar2 yang lain mendaki bukit itu.., kemudian kumpulan Hairi, Kumpulan Dani dan akhir sekali kumpulan Nieylla. Mereka mendaki berpandukan kad Info yang telah di sediakan sampailah mereka tiba di puncak. Kelihatan pelajar lain sudah berehat atau menangkap gambar kenangan. Tidak lupa juga gambar secara berpasang-pasangan. (walaupun ada yang masih belum berdamai) hehe.

Nieylla and the geng memilih untuk mengambil masa yang lama sedikit di atas puncak itu.

“Eh kenapa aku dengar perempuan2 tu menjerit ya?” Lulu menegur selepas mendengar hingar bingar bunyi teriakan teman2 mereka. ‘macam parti je diorang kat bawah tu..’

“Entah.., gimik kot..” Nieylla masih leka melihat pemandang laut yang biru dari puncak bukit itu..

“Eh., jomlah turun.. nak makan tengah hari dah ni..” Syirah mengajak teman2nya..

“Yalah.., Jomlah turun..” Lulu menarik tangan Nieylla. Mereka berjalan perlahan sehingga sampai ke kad info yang terakhir. Tetapi kad info terakhir itu agak sedikit pelik..

“Jangan menjerit?” Nathalie kepelikan..

“Habis tu yang tadi diorang menjerit tu?” Amy bingung.

“Lantaklah.., jom turun cepat..” Nieylla pula yang menarik tangan Lulu.Dengan tertibnya mereka menuruni bukit tersebut sehinggalah Nathalie menjerit. Mereka semua memandang Nathalie..

“Tu…” Nathalie menunjuk kepada sesuatu.. Mereka semua terkejut dan seram sejuk..

“Kuburan…” Sejurus dengan itu ,mereka semua berlari terkoncoh2 dan terpaksa melalui kuburan lama itu

SC.16

“Hai Nieylla..” Lulu yang baru sampai ke perkarangan sekolah menegur Nieylla.

“Hai…, banyaknya baju kau…” Nieylla terpegun melihat beg Lulu. ‘ni nak camping ke apa ni? Sampai 2 beg besar dia bawa.. padahal camping 3 hari je..’

“yelah… satu beg untuk baju..dan satu lagi untuk seluar dan mekap..” Selamba Lulu berkata…

“Ish2… dalam hutan kau bawa mekap apasal? Takkan nak ngurat orang utan kot?” Ek menyampuk.

“Diam lah kau Ek.. sibuk je..” Lulu menjeling.

“hah! Jeling2la.. aku simbah muka kau dengan air satu baldi kang.. biar bersih dan suci muka kau dari mekap tu” Ek mengugut.

“Kau buatlah kalau berani.. aku piat telinga kau, kalau kau buat begitu!” Lulu menjawab.

“Menjawab2… aku cakap sikit kau menjawab. Kang aku ikat mulut kau kang.. baru padan muka kau tak dapat bergincu..” Ek lagi membalas.. ‘dorang dah mula dah..’ Nieylla menggeleng kepala.

“Kau diamlah Ek.. sekali aku terajang kau.. sampai gunung Santubung kau terus tau..”Lulu berlagak berani.

“Ewah!Gunung Santubong kononnya..,Silap2 Bukit Titiwangsa pun tak sampai.. heh! Aku ada black belt tau.., sekali aku terajang kau.. boleh sampai ke Hollywood tau..tapi aku tak mainlah tendang2 perempuan ni..” nada2 seperti berlagak pun ada si Ek ni.


“Ala.. baru black belt dah berlagak.. aku ada belt warna biru, putih, dan pink pun ada.. tak juga aku nak berlagak..jangan kan warna tu.. belt warna warni pun aku ada tau..” Selamba Lulu bercakap. Nieylla berlalu dari tempat Ek dan Lulu.. ‘lantak korangla.. pening kepala aku.’


“Okay…semua dah ada ke? Kalau dah ada semua baiklah kita bertolak sekarang..”Kata Cikgu Trisya. Nieylla melihat2 di sekeliling.. mencari seseorang. ‘mana mamat ni? Takkan tak ikut kot..’ .. Mereka semua menaiki bas sekolah yang telah bersedia itu.. Lulu membuat muka cemberut kerana terpaksa duduk dengan Ek. Amy pula semestinya duduk kat Dani. Syirah duduk bersama Im kerana ingin berkongsi cerita sepanjang perjalanan. Dan Nathalie pula duduk bersama Ken kerana mereka di minta menangkap gambar sepanjang perjalanan dan Camping.. Dan Nieylla…

“Ciikgu stop the bus!” Kedengaran jeritan dari perkarangan sekolah.. semua pelajar melihat ke luar tingkap.. Riz dengan sengihannya. Kemudian bas yang baru mahu berjalan terhenti..

“Kamu ni Riz.. cikgu ingat kamu tak mahu ikut dah..” Cikgu Trisya membuka pintu bas untuk Riz.

“Sorry cikgu.., terlambat bangun tadi..hehehe” Kata Riz sambil mengaru kepalanya.

“Dah.. pergi duduk..” Kemudian Riz berlalu ke perut bas.. Rita yang memberi sudah menyediakan tempat untuk Riz memanggil Riz.. Kemudian Riz berjalan ke arah Rita.. Nieylla hanya menjeling kemudian memandang keluar tingkap. ‘Nak gak duduk dekat Rita..benci2’

“Emm Nieylla.. boleh duduk kat sebelah?” Nieylla terkejut melihat Riz sudah berdiri di sebelahnya. Kemudian dia hanya mengangguk.

“Kenapa tak duduk je kat sebelah Rita tadi?” Nieylla menyoal sinis.. (Dan nada cemburu sebenarnya.) Riz tersenyum.

“Riz nak tukar angin..” Riz menjawab ringkas.

“Kenapa? Angin kat sana tak sama ke dengan angin kat sini?” ( Percayalah yang Nieylla memang lemah dalam bahasa melayu bersastera2 ni) ‘tau takpe.hehehe’

“tak sama.. kat sana macam panas sikit.. kat sini angin dia menenangkan..” bercakap ala2 romantik sangatlah...hehe

“Menenangkan macam mana? Kan bas ni guna air cond..” Saja bertanya seperti itu walaupun dia sudah dapat meneka maksud Riz.

“emm…entah..” sambil menjungkit bahu.. kemudian dia melihat ke arah Nieylla yang sedang menguap.. “Eh? Dah mengantuk da.. bas baru mula berjalan..” Riz bertanya perlahan.

“Ya.. semalam tidur lambat sebab kemas beg..ngantuk sangat ni..” sedar tak sedar Nieylla mengadu dengan bekas musuhnya.

“Tulah.. tidurlah.. nanti kalau sampai Riz bangunkan..” Kata Riz kemudian menarik perlahan kepala Nieylla dan meletakkan ke bahunya..Nieylla kelihatan selesa menumpang tidur di bahu Riz..kemudian…

“Say cheese..” Ken dan Nathalie melakukan tugas mereka.merakam gambar kenangan.Nieylla dan Riz tersenyum malu.. Dani ikut tersenyum.. dia yakin yang Riz takkan melukakan hati adiknya. Manakala Delorita di tenangkan oleh kawan2nya. Perjalanan yang jauh di lalui dengan penuh gelak tawa….

SC.15

“Nieylla.., kau dah kemas baju2 semua ke?” Nathalie memandang Nieylla yang blur sejak pengakuan Riz hari itu..(walaupun Riz tidak tahu yang Nieylla mendengar pengakuannya)

“Hah?” masih dengan muka blur. “Baju buat apa? Nak pindah rumah ke?” Nieylla membalas pandangan Nathalie dengan muka berkerut.

“His! Mamai betullah minah ni...” Lulu menyampuk..

“Untuk Campingla bakal adik ipar ku…” Amy mengingatkan Nieylla. (Dah brani mengaku jd kakak ipar ni..)

“Oo..camping.. belum.” Kata Nieylla dengan selambanya.

“Hah?! Belum? Kan besok nak pergi camping dah.. “ Nathalie terkejut dengan keselambaan Nieylla.

“Aku kemas malam ni la.. kan besok nak pergi..” masih lagi selamba.

“sempat ke? “ Lulu was2 dengan sikap kawannya sejak dua menjak ni.. ‘ minah ni okay lagi ke atau dah kena virus anggau ni? Ke kena heart attack sebab hari tu..

“Sempatla.. sebab aku akan kerahkan Abang Dani tolong aku…hehehe” Nieylla menunjuk ke arah abangnya. Dani yang mendengar kata2 adiknya mengangkat kening.

“Pembuli..” kata Dani.. Nieylla hanya tersengih.

“Ken kau ikut tak camping tu?” Dani bertanya pada Ken yang sedang bercerita bersama Im.

“Ikutla.. kalau Nathalie ikut aku pun mesti ikut..” Ken mengusik Nathalie..

“Ie… apa kaitan kau dengan aku pula.?” Nathalie menunjukkan wajah jengkel.

“Aik? Sudah gaharu, cendana pula. Kita kan pasangan paling romantis di abad ini..” Selesai saja Ken menghabiskan ayatnya, Pen marker terus saja melayang kearah Ken dan Im.. (slow motion..,) Pen itu melalui muka Im tetapi dengan tangkas Im menyelamatkan mukanya.., kemudian Pen itu hampir mengenai muka Ken tetapi dengan tangkas juga Ken menyembunyikan mukanya di sebalik buku.. Kemudian dengan tertibnya Pen Marker itu mendarat di depan Whiteboard..

“Huh! Selamat muka aku yang handsome ni..” Kata Im dengan coolnya.. Ken mengangkat kening kemudian memandang Nathalie..

“Hehe.., terernya kau Nathalie.. elok je Marker tu mendarat di whiteboard.. nanti senang2 ajarla aku..” Ken masih lagi ingin mengusik Nathalie..

“Diam lah!” Nathalie mencebik.

“Syyyy! Diam2.. aku tengah mengelamun ni..” Dengan lantangnya Nieylla berkata dan dengan muka yang takde perasaan.

“Aik? Dia yang mengelamun,., satu kelas kena suruh diam?.. betullah ada masalah dengan adik kau ni Dani..” selamba Ek berkata..

“Saudara Ek! Sila Diam..” kata Lulu sambil menjeling.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai…, hari2 tengok cerita The Nanny ni.. best ke?” Im menegur Syirah dengan ramah.

“Eh.., abang Im.. kenapa? Abang Im nak tengok channel lain ke?” Syirah terkejut dengan kehadiran abang angkatnya itu.

“Taklah.., nak cuba tengok cerita ni..” Im duduk berdekatan dengan Syirah.

“abang Im nak minum apa2? Syirah boleh buatkan” Tawar Syirah.

“takpelah…kalau Im nak ,Im boleh ambil sendiri..” Im sendiri tidak menyedari sejak bila dia mula berlembut bila bercakap dengan Syirah.

“Okay..” Suasana sunyi seketika kerana kedua-duanya kelihatn canggung untuk bercerita.sesekali kedengaran Syirah tertawa lucu bila saja adegan Niles the butler mengenakan Ms.Babcock dengan selambanya.

"So…Syirah dah kemas baju untuk bawa pergi camping besok?” Setelah puas mencari subjek yang sesuai.. ‘dah penulis yang takde idea… aku pun takde idea-lah nak cakap apa’ (Im tak mahu mengalah)hehe..

“Dah., Abang Im dah kemas?” Syirah memulangkan soalan semula setelah menjawab soalan itu,.

“Belum..” Im berkata perlahan..(ada unsur2 minta simpati)

“Nak Syirah tolong kemas kan?” Syirah dengan Baiknya menawarkan bantuan kecemasan.. ‘bukan bantuan pernafasan ya…hehehe’.. Im tersenyum lebar sampai ke telinga (hiperbola ni..) hehe

“Boleh gak kalau Syirah sudi.. Im tak tahu nak bawa baju apa..” Masih lagi dengan nada meminta simpati.

“Em.., nanti Syirah tolong kemas lepas habis cerita ni ya..” Syirah bercapak perlahan.. Dengan tekun Syirah menonton cerita kegemarannya tanpa gangguan dari Im.. Kemudian terdengan batuk2 nakal dari Mak Temah..(Nanny Im dan Syirah..,) Im tersengih.. dia tahu batuk2 nakal tu untuk dirinya.. kerana terlalu asyik melihat muka Syirah..

‘ala.., tak sporting Mak Temah ni..time nil ah sesuai pun nak skodeng muka Syirah… kang ibu dan ayah ada, terus kena suruh kawin..dorang ingat anak jantan dorang ni dah gatal sangat...’(memang pun) Im merungut di dalam hati.. Syirah berlalu ingin ke tingkat atas..

“Eh? Syirah nak pergi mana tu?” Im bertanya. Syirah memandang Im pelik.

“Nak pergi kemas baju abang Im lah..”

“Oo.. “ Im mengangguk.. setelah memijak tangga yang pertama tiba2 Syirah terfikir.

“Em..” Syirah malu2 bertanya..Im mengangkat kening.. “Seluar junior abang Im macam mana?” dengan muka innocentnya. Im tersenyum lebar.

“Hehehe.., tak nak kemas sekali?..” saja mengusik Syirah. Merah muka Syirah menahan malu.. “Memain je lah.. kemas baju je.. yang lain2 nanti Im masukkan sendiri..” Kemudian Syirah tersenyum sambil 'mendaki' tangga. Senang dengan perubahan sikap abang angkatnya…

SC.14

“Riz tak Boleh buat Rita macam ni!!” Rita menjerit seperti kerasukkan.

“Kenapa pulak Riz tak boleh buat Rita macam ni? Hah!” Riz mengetap bibir menahan geram.. awalnya dia ingin berpisah dengan Rita secara damai..tapi sikap Rita membuatkan dia kehilangan tahap kesabaran..

“ Rita sayang Riz..Riz tak boleh buat Rita macam ni! Riz kejam..Takde perasaan!” Masih lagi menjerit.. macam orang yang baru kena cerai la..

“Apa Rita cakap? Riz kejam? Takde perasaan? Jadi selama ni Rita sajikan Riz dengan cerita2 palsu?! Rita fitnah kawan Rita sendiri.., Rita tak rasa ke diri Rita tu kejam! Takde perasaan?! Hah?” Riz menengking Rita..kesabarannya hampir menipis.. ‘susah betul nak fahamkan Rita ni’..

“Rita buat semua tu sebab Rita sayang kan Riz! Riz tak faham ke?!” Kata Rita sambil menangis..’Dah aku pulak yang dia kata tak faham…’

“Sayang? Bina kasih-sayang atas kebencian? Siapa ajar kau ni hah!?” Tiada lagi berRita2…Riz terasa penat sangat melayan kerenah mantan pacarnya itu..

“Ya! Sebab kalau Rita tak buat macam tu Riz takkan pandang Rita.., yang Riz nampak hanya si Nieylla tu.. tapi walau berapa banyak kebencian yang Rita tanam di hati Riz…tak pernah sekali pun Riz pandang Rita like the way you look at her..” Rita meluahkan kesalnya.Riz meraup muka dengan kasar..

“I had enough with you!” Riz ingin berlalu pergi tetapi dihalang oleh Rita.

“Kenapa? Kenapa dia?” Ritz memandang sedih muka Riz..

“I love her! Is that enough? “ Riz menjawap spontan dan sedikit sinis.. On the spot Rita melepaskan tangan Riz sambil memandang Riz…Di sudut lain pula…

“Nieylla.., Tutup mulut tu.. nanti masuk lalat..” Lulu berkata tanpa sebarang nada.. seperti Nieylla dia juga terkejut dengan pengakuan Riz. Ek mengaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum.

“Hebat gak kawan aku ni..” Ek berkata selamba..kemudian dia tersengih apabila mendapat jelingan maut dari Lulu..

“Diam lah kau..” Kata Lulu sambil menjelir lidah..

“Betul ke apa aku dengar ni?” Nieylla seakan baru tersedar..Lulu hanya menjungkit bahu manakala Ek pula mengangkat kening.


“Amy Please.., Dani minta maaf..” Dani merenung muka Amy yang berada di hadapannya itu..

“Hari2 minta maaf…Hari2 minta maaf.. lepas tu buat lagi… Dani tau tak yang hari2 juga hati Amy ni sakit macam kena blender je..” Amy berkata tanpa merenung muka Dani yang seperti meminta simpati itu.

“ kalau begitu…” Dani sengaja membuat Amy tertanya2.. “ Amy ambillah hati Dani., Blender sekali dengan hati Amy.., kita buat jus.,.” Dani melawak..Amy mengambil buku rujukan di tepinya kemudian menghempukkan ke kepala Dani..

“Orang serius dia boleh pulak memain! Tak lawak langsung..” Dengan muka serius sangat ni Amy berkata2..(cewah..hehehe) ‘Padahal aku tahan ketawa ni..si Dani ni tak boleh bagi muka sangat!’

“Siapa yang melawak.. Dani serius apa..” Sambil menayangkan muka serius tak jadinya.

“Serius? Pergi la panggil David Blaine suruh keluarkan hati Dani yang tak cukup lawa tu.. dengan senang hati Amy blender..macam Dani hancur lumatkan hati Amy!” nada sedikit marahla.. ‘memanglah tengah marah ni.. siapa tak marah! Orang tengah sakit hati dia tayang muka tak bersalah langsung tu!’

“His..mana ada Dani menghancur lumatkan Hati Amy.. Dani sentuh pun tidak tau.. jangan kan nak sentuh hati Amy.. tangan pun Dani tak sentuh tau..”kata Dani dengan muka tak bersalah + innocent..

“Ei! Geram betul dengan Dani ni!” Hanya itu yang boleh di katakan oleh Amy..

“Jadi Amy maafkan Dani tak ni?”

“Tak!”

“Ala…kenapa?”

“Tanya diri Dani sendiri..”

“Ala.. kalau DAni tahu jawapan dia, Dani takkan tanya Amy tahu..”

“Habis tu!”

“Sorry ya..”

“No!”

“please..”

‘Okay..kalau dua orang ni tak diam lagi aku akan buang dua2 kat kolam Ikan Pak seman tu!’ Ken tahan geram.. (p/s: Pak Seman tu leader tukang kebun sekolah la kiranya,,)

“ Please la Amy.., Dani janji tak buat lagi..”Masih memujuk

“Janji..janji..janji..” Amy berkata sinis..

“Okay kalau taknak janji., Dani promise takkan buat lagi..”

“No!”

“Please……” belum sempat Amy menjawab Ken dah menyampuk.

“Oh my god! For godshake, Please be quiet!” Ken kegeraman.. “Is this LoVe sChoOl?! “ Mereka berdua terkebil2 melihat Ken meninggikan suara. Kemudian kedua-dua tersengih tanda bersalah..

SC.13

“Abang…..” Nieylla memanggil abangnya ala-ala gedik..

“aik? Kalau memanggil macam kucing nak mengawan tu ada la sebab tu..” Dani menaruh syak awal-awal lagi..

“His! Mana lak.. Nieylla ikhlas panggil abang tau… with all my heart..” Dengan ekspresi muka yang kononnya serius. Dani merenung tajam muka adiknya..

“Muka ni macam tak leh percaya je…” Dani berkata selamba.

“Ah! Never mindlah.., abang pergi ‘tuisyen ke hari ni, atau urusan lain2..” dengan muka confidentnya..’atau kelas dating bersama ulat buku ke..’ Nieylla menyambung di dalam hati.

“Takde lak., kenapa?” Dani mengambil tempat duduk di taman yang terletak di belakang sekolah. Nieylla duduk bersebelahan abangnya, manakala Lulu mengambil tempat duduk di hadapan Dani.

“Takde.., Tanya je..” sambil menggeleng kepala.

“eh! Dani kau ambil kelas tuisyen di mana ya? Aku rasa nak ambil tuisyen gak lah…..” Lulu memainkan peranan. Dani kelihatan panic.. ‘mampus aku.., aku mana pernah pergi tuisyen.., pergi dating dengan bakal kakak ipar Nieylla je selalunya..tuisyen tu alasan je supaya si Nieylla ni tak join sekali..’

“Yelah.., kan bang selalu pergi tuisyen.., Nieylla pun nak ikut abang tuisyen gak..” Dengan nada manja.

“Mana boleh dik.., kan abang selalu lemah dalam pelajaran..,kalau adik ikut tuisyen sekali mesti abang tak leh concentrate.” Dengan seriusnya.

“Tapi aku boleh kan Dani.., aku pun lemah gak pasal pelajaran ni.. bagitahu lah kat mana tempat tuisyen kau.., leh kita pergi sama-sama.” Lulu menunjukkan riak excited..

“Mana boleh.., aku nak aku sorang je belajar kat tempat tu.., kalau ada kawan2 mesti aku takleh belajar punya..” Dani masih lagi berdalih..

“Abang ni! Apa susah.. bagi tahu je lah nama tempat tuisyen abang.. itu pun susah..” Nieylla membuat riak kononnya merajuk..

“tengok.., Nieylla dah moody! Baik kau pujuk dia..” Lulu memainkan peranan sebagai rakan yang sejati kononnya…

“Adik…, janganlah moody2 ni.., sebab abang taknak nbagi tahu tempat tuisyen pun adik abang ni nak moody2 ke?”

“Abang tak sayang adik lagi.., sebab tu lah dah pandai rahsia2 dengan adik..” masih meneruskan rajuk palsunya..

“His! Siapa cakap begitu.., mana ada abang yang tak sayang dengan adik dia..” dengan lagak abang mithali..

“Ada…,” Nieylla menjawab perlahan.. Lulu jadi pemerhati.

“Siapa? Cuba cakap dengan abang.., biar abang kaunseling dia cket..” Ceh! Confident tu..

”Abanglah..” Nieylla menjawab selamba.. ‘kena aku sebiji.’ Dani mengomel dalam hati..

“Okay2.. abang bagitahu satu rahsia tapi adik janji jangan bagitahu mama and papa ya..” Dani mengalah..,mata Lulu dan Nieylla terus bersinar2 seperti bandar KL pada malam hari, selepas mendengar perkataan rahsia.. ‘skandal..hehe’

“Abang tak pergi tuisyen sebenarnya.., abang selalu pergi jamming dengan dorang Riz..” Dani meng’klentong’ adiknya dan Lulu sekali lagi.. Lulu dan Nieylla merenung sesama sendiri dengan muka yang kecewa.. ‘his…mesti guna cara ke dua ni..’

“okayla abang..,” Nieylla dan Lulu berdiri kemudian berjalan meninggalkan Dani.. ‘huh! Selamat rahsia aku..’ Dani kelegaan..tapi hanya seketika, kerana Nieylla datang kembali dan berdiri statik di tepinya.. dengan muka separuh samseng.. Dani mengaru kepala yang tidak gatal.

“Baik abang bagitahu yang sebenar!” dengan garangnya ni..

“Bagitahu apa lagi adik.?”

“Nieylla.., kau strait to the point..kau strait je…jangan belok2..” Lulu berdiri di sebelah Nieylla.

“betul ke abang ada skandal dengan Amy?” seperti gaya polis2 di gerak khas menyoal penjenayah..Dani agak terkejut.. kemudian membuat ketawa yang tak jadi.. tetapi sekejap je kerana pelik melihat Lulu ketawa sekali..Nieylla memandang temannya..

“Yang kau ni join sekali ketawa apa hal??” Dani dan Nieylla memandang Lulu..

“Hah? Aku support Dani je..” dengan muka blurnya..

“Okay.., berbalik pada abang Dani? Baik abang jawab dengan jujur..” NIeylla mengugut.

“Dari mana lah Nieylla dapat cerita karut macam ni.. takkanlah abang nak couple dengan ulat buku tu.. simpang malaikat 44 tahu..” Selepas je Dani menhabiskan ayatnya tiba2 dua buku rujukan tebal melayang ke kepalanya. Mereka bertiga terkejut.. ‘dari mana datang buku ni?’ Lulu mencari-cari sekeliling.. sehingga matanya memfocus kepada satu benda.. ‘Alamak! Amy’

“Simpang malaikat 44 juga saya nak maafkan awak!” Kemudian sambil menghempas2 kaki Amy berlalu pergi..

“Aduh! Amy tunggu..” Dani mengejar Amy sambil memegang kepalanya yang sakit itu..

“Peribahasa untuk hari ini ialah..”

“Kerana mulut santan binasa.., kerana mulut kepala abang aku yang binasa.” Nieylla menyambung ayat Lulu.. lama mereka terdiam di pondok itu dengan sunyinya.. seketika kemudian kesunyian itu terganggu dengan suara perempuan menjerit nyaring.. mereka berdua berpandangan..

“Lulu.., kau dengar apa yang aku dengar?” Nieylla bertanya perlahan.

“Dengar..” Lulu menjawab sepatah..

“Hantu ke?”

“His! Kau ni.. nama je lahir di zaman moden.. ada ke hantu siang2 hari ni.. logiklah sikit..” Lulu menafikan.. Nieylla berfikir sejenak sambil cuba mengecam suara itu..

“Aku rasa macam aku kenallah suara tu…” Nieylla memandang Lulu..

“Aku pun.., jom kita tengok siapa yang kena hysteria siang2 hari ni..” mereka berjalan ke arah suara itu kemudian skodeng di celah2 pokok2 bunga..ceh! dah macam private investigator dah dua orang ni…

“Eh.., Riz dengan Rita lah..”

“Apasal macam meroyan je si Rita tu?”

“Syy.., diam lah.. nanti dorang dengar..”

“Dorang gaduh ke? Macam bincang hal dunia je..”

“Mungkinlah kot.., mungkin si Riz tu nak ceraikan si Rita tu kot.. tu yang naik meroyan perempuan tu” Confident je Lulu meneka.

“His! Takkan lah kot.. Riz sayang sangat dengan Rita tu” tiba2 ada satu suara yang menafikan andaian Lulu..

“Apasal suara kau garau sangat Nieylla?” Lulu memandang ke arah Nieylla..sedangkan Nieylla memandang ke arah satu tempat.. melihat temannya begitu, Lulu turut memandang ke arah yang sama..’ his! Mamat ni lagi..

“Hoi Ek! Duduklah.. nanti dorang nampak?” Lulu menarik tangan Ek sehingga membuatkan jejaka itu terduduk sama di celah2 pokok bunga itu..

“Apasal aku pula kena join korang berdua ni.. banyak lagi kerja aku kat bilik pengawas ni..” Ek bingung..

“Syyy…nanti dorang dengar lah Ek.. senyap cket..” Nieylla menegur Ek yang ternyata kebingungan.. ‘hai…terpaksalah aku ikut kegilaan dua orang budak ni..tapi best gak skodeng ni orang ni’………