itulah persoalan2 yg bermain kat minda ak sekarang ni . agak sedih , agak takot . agak kecewa . tuhan, tolonglah hambamu yg kerdil ini . berilah petunjuk kepada org2 tersebut . jauhilah ak dari maksiat yg berleluasa . jauhkan ak dari orang2 musyrik munafik dan sentiasa dipelihara daripada maksiat itu . tuhan, kenapa juga mesti org yg rapat dengan ku harus mengahdapi semua ini? ak tak mengerti . mengapi dia? mengapa dia tergamak melakukannya? tuhan, ak akan cuba berjumpa dengannya, memberinya sokongan menghadapi masalah ini . walau hanya sepatah kata yang dapat memberinya semangat . tuhan, ak juga terkilan . kenapa kaum adam yg mengetahui seluruh hal ini? kenapa kaum hawa tidak mengetahui apa2 pun yg terjadi? ya tuhan, semoga kwanku itu dijauhkan dari tohmahan2 yg tak setimpal dengan apa yg dilakukannya . berilah dia petunjuk . tenangkanlah hatinya . jauhkan dia daripada org2 kejam yg berada disekelilingnya . tuhan, ak mahu dia tahu, ak sentiasa memerhtikannya . menghargainya . menyayanginya . mengambil berat tentangnya . ak tetap sahabat, akak mu wahai , adikku . (:
petikan yg ak baca lepas balik skolah :
Rahsia beg berdarah
KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Marang, dekat sini, secara berterusan memeluk beg berdarah sepanjang berada dalam kereta gurunya ketika dibawa ke sebuah klinik kesihatan membongkar rahsia ia sebenarnya memuatkan mayat bayi perempuan.
Difahamkan, beg yang turut mengandungi peralatan sekolah itu mulanya tidak mendatangkan syak guru berkenaan sehingga ia dibuka seorang kakitangan klinik kesihatan terbabit, sekali gus membongkar tindakan pelajar tingkatan lima itu melahirkan bayi dalam tandas sekolah itu, semalam.
Bagaimanapun, tindakan pelajar berkenaan menyembunyikan bayi seberat 3.6 kilogram dalam beg itu menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika pelajar itu ditemui guru terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian itu disedari guru wanita berkenaan sebaik menemui pelajarnya yang berusia 17 tahun itu duduk dalam keadaan bertangkup dan hampir pitam berhampiran tandas sekolah

mood ak = takut . need someone beside me to hug me . i miss her a lot !.
No comments:
Post a Comment